Berita Terkini

Objektif


Objektif Utama Majlis ialah :
  • Berusaha untuk melahirkan Belia Pulau Pinang yang berilmu dan berkemahiran, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela, patriotik dan memiliki pribadi yang bersepadu dari segi rohani dan jasmani.
  • Mewujudkan semangat kemasyarakatan, kenegaraan melalui pemupukan gaya hidup yang aktif, sihat, cergas dan dinamik ke arah melahirkan pemimpin-pemimpin belia yang bertanggungjawb dan berkualiti.
  • Menyemai dan mengukuhkan asas kepimpinan dan prinsip-prinsip sukarela dalam pergerakan belia bagi mewujudkan kerjasama dan persefahaman serta memupuk perasaan muhibah, integrasi nasional dan perpaduan negara di kalangan belia melalui aktiviti secara bersama.
  • Menganjurkan dan menggalakkan minat kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan pengetahuan kepada belia menerusi kegiatan-kegiatan berpersatuan di samping menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai teknik dan kegiatan persatuan belia.
  • Menjadi jurubicara belia dan pembela belia dalam isu-isu nasional, serantau atau global dengan mengemukakan pendapat-pendapat atau perakuan-perakuan kepada kerajaan, badan-badan berkanun atau badan-badan lain yang sah, mengenai perkara-perkara kebajikan belia sesuai dengan prinsip keadilan dan kebenaran di samping bersama-sama dengan semua agensi mendukung dan melaksanakan agenda pembangunan belia.
  • Dengan cara berunding, membantu menubuhkan pertubuhan atau persatuan-persatuan belia baru di samping mengupayakan persatuan belia sedia ada untuk kemajuan para belia.

No comments