MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026 – SIDANG II, PENGGAL KE-35, SESI 2025/2026
26 September 2026, Bayan Lepas, Pulau Pinang - Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026 – Sidang II, Penggal Ke-35, Sesi 2025/2026 telah berlangsung dengan menghimpunkan barisan kepimpinan belia daripada badan gabungan MBNPP serta wakil pelbagai agensi dan badan kerajaan di Negeri Pulau Pinang.
Persidangan telah dipengerusikan oleh YB Tuan Daniel Gooi Zi Sen, EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
Turut hadir ialah Puan Wan Nor Iza binti Mohd Nor, Pengarah Jabatan Belia dan
Sukan Negeri Pulau Pinang, serta Saudara Vincent Tan Chor Lim, Presiden Majlis
Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP).




Sidang kali ini menyaksikan perwakilan belia dari seluruh Negeri Pulau Pinang membahaskan tujuh (7) usul utama dan satu (1) usul tambahan yang merangkumi pelbagai isu serta kepentingan berkaitan pembangunan dan kesejahteraan golongan belia.
Sebagai badan induk gerakan belia di Negeri Pulau Pinang, MBNPP melihat MPBN sebagai salah satu platform penting dalam memastikan suara, pandangan dan aspirasi anak muda dapat diketengahkan secara tersusun serta dibawa ke perhatian pihak kerajaan dan agensi berkaitan.
MBNPP akan terus memainkan peranan sebagai penghubung antara golongan belia dan pembuat dasar, selain memperkukuh ruang perundingan yang konstruktif dalam usaha memperkasa pembangunan belia di Negeri Pulau Pinang.
#MBNPP #JBSNPP #MPBN #MenggerakBelia #BeliaPulauPinang







No comments