KEAHLIAN
Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) menghimpunkan pertubuhan-pertubuhan belia negeri dan Majlis Belia Daerah yang mendukung matlamat serta usaha pembangunan belia di Pulau Pinang. Gabungan ini merangkumi pertubuhan daripada pelbagai latar belakang yang bersama-sama memperkukuh suara belia, menggalakkan penglibatan anak muda dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.
Melalui jaringan badan gabungan, MBNPP menjadi wadah perkongsian pandangan, penyelarasan program dan kerjasama dalam pembangunan kepimpinan, kesukarelawanan serta kemasyarakatan. Majlis Belia Daerah turut berperanan memperluas penglibatan belia dan menyelaras gerak kerja di peringkat akar umbi.
MBNPP mempunyai 23 badan gabungan, terdiri daripada 18 pertubuhan belia dan lima (5) Majlis Belia Daerah.
BADAN GABUNGAN MBNPP
- Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) Negeri Pulau Pinang
- Gerakan Belia 4B (Malaysia) Negeri Pulau Pinang
- Majlis Kelab Bell Belia Tamil Negeri Pulau Pinang (TYBC)
- Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Pulau Pinang
- Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Negeri Pulau Pinang
- Majlis Belia India Malaysia Negeri Pulau Pinang (MIYC)
ii. Organisasi Belia Beruniform
- The Boys’ Brigade in Malaysia Penang State Council
- Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pulau Pinang
- St. John Ambulans Malaysia Negeri Pulau Pinang
- Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang
- Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Negeri Pulau Pinang
iii. Organisasi Belia Agama
- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Pulau Pinang
- Majlis Belia Hindu Negeri Pulau Pinang (HYO)
- Persatuan Belia Buddhist Malaysia (YBAM) Negeri Pulau Pinang
- Persatuan Pemuda-Pemuda Kristian (YMCA) Negeri Pulau Pinang
- Persatuan Pemudi Kristian (YWCA) Negeri Pulau Pinang
iv. Organisasi Belia Pelajar
- Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Pulau Pinang
- Persatuan Pembimbing Belia Islam Pulau Mutiara (PEMBIMBING)
v. Majlis Belia Daerah
- Majlis Belia Daerah Timur Laut
- Majlis Belia Daerah Seberang Perai Utara
- Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah
- Majlis Belia Daerah Seberang Perai Selatan
- Majlis Belia Daerah Barat Daya

No comments