Badan Gabungan
Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) merupakan badan induk yang menghimpunkan 18 badan gabungan peringkat negeri dan lima Majlis Belia Daerah, dengan jumlah keahlian melebihi 200,000 orang. Jaringan ini menyatukan pertubuhan belia daripada pelbagai latar belakang bagi memperkukuh suara, penyertaan dan peranan belia dalam pembangunan negeri Pulau Pinang.
Badan gabungan MBNPP merangkumi persatuan pelajar, pertubuhan berasaskan agama, pertubuhan beruniform, persatuan berasaskan kegiatan sosioekonomi serta persatuan belia tunggal. Kepelbagaian ini membuka ruang kepada golongan belia untuk melibatkan diri dalam bidang kepimpinan, pendidikan, kesukarelawanan dan pembangunan komuniti.
Di peringkat daerah, jaringan MBNPP diperkukuh oleh Majlis Belia Daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Kerjasama antara badan gabungan dan Majlis Belia Daerah menjadi asas penyelarasan gerak kerja serta peluasan penglibatan belia hingga ke peringkat akar umbi.



No comments