KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS BELIA HINDU (HYO) NEGERI PULAU PINANG
5 Ogos 2026, Georgetown – Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Belia Hindu (HYO) Negeri Pulau Pinang, yang diketuai oleh Sdr. Dinesh Kumar A/L Sivalingam, Pengerusi HYO Negeri Pulau Pinang.
Delegasi HYO Negeri Pulau Pinang turut disertai oleh Sdr. Ballasivamuni A/L Mogan, Timbalan Pengerusi; Sdr. Sharrgunan A/L Salvan, Setiausaha; dan Sdr. Revan A/L Kannan, Penolong Bendahari.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh Sdr. Vincent Tan Chor Lim, Presiden MBNPP bersama Sdr. Azri Ishak, Setiausaha Kerja MBNPP.
Pertemuan ini diadakan bagi memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa HYO Negeri Pulau Pinang yang baharu, di samping memperkukuh dan mengeratkan hubungan antara MBNPP dengan HYO yang merupakan salah satu daripada 23 badan gabungan di bawah MBNPP.
Sesi perbincangan turut memberi tumpuan kepada kedudukan keahlian, hala tuju dan kesinambungan kepimpinan HYO Negeri Pulau Pinang susulan pelaksanaan had umur belia 30 tahun, termasuk langkah penyesuaian yang boleh dilaksanakan bagi memastikan organisasi tersebut terus kekal aktif dan relevan dalam landskap pembangunan belia semasa.
MBNPP & HYO turut bertukar pandangan mengenai kerjasama dalam penganjuran program pembangunan belia, kepimpinan, kesukarelawanan, perpaduan dan kemasyarakatan pada masa akan datang.
MBNPP menyambut baik komitmen kepimpinan baharu HYO Negeri Pulau Pinang dan berharap kunjungan ini dapat menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat, penyelarasan gerak kerja yang lebih berkesan.




No comments