Breaking News

| Video Kreatif : Syarat Penyertaan |



PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO KREATIF PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT 
(PUBLIC SERVICE ANNOUNCEMENT - PSA) ANJURAN MAJLIS BELIA NEGERI PULAU PINANG
TEMA: COVID-19 & HARI BELIA NEGARA 2020

Syarat-syarat Penyertaan:


1. Terbuka kepada semua Belia berusia dari 16 hingga 35 tahun.



2. DURASI VIDEO: 30 hingga 45 saat



3. Kandungan video kreatif adalah WAJIB mempunyai salah satu elemen:
- Kempen Stay at Home / Duduk di Rumah
- Kempen Langkah pencegahan Covid-19
- Penghargaan kepada frontliners
- Aktiviti Belia sepanjang fasa PKP
- Kempen Hari Belia Negara 2020



4. FORMAT VIDEO:
- Landscape / 16:9
- Di awal dan akhir video WAJIB ada logo Majlis Belia Negeri Pulau Pinang
- Sebelum video tamat, WAJIB ada caption:
"Pesanan Khidmat Masyarakat oleh Majlis Belia Negeri Pulau Pinang sempena sambutan Hari Belia Negara 2020"



5. Persembahan video adalah mengikut kreativiti sendiri tanpa meniru/menciplak mana-mana produk Pesanan Khidmat Masyarakat / PSA yang sedia ada di media sosial / siaran arus perdana.

6. HADIAH
• Tempat Pertama (Sijil & RM300)
• Tempat Kedua (Sijil & RM200)
• Tempat Ketiga (Sijil & RM100)


7. PERMARKAHAN
50% markah adalah berdasarkan jumlah viewers di instagram Majlis Belia Negeri Pulau Pinang atau jumlah viewers dan jumlah share di FB Page Majlis Belia Negeri Pulau Pinang.

8. TARIKH TUTUP penyertaan:
31 Mei 2020, jam 6.00 petang

9. VIDEO KREATIF INI HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:
Sdr. Hafiz Ali, Setiausaha Majlis Belia Negeri Pulau Pinang melalui Telegram (send as file), ke talian +6012531 8364

Sila nyatakan:
Nama Penuh:
No. K/P:
No. Telefon:
Pertubuhan:

No comments